APA ITU ROTU?

Assalamualaikum dan salam perkasa perwira.

Mesti semua tertanya, ROTU ni apa? PALAPES tu apa?

Ok mari kita bincangkan.

ROTU bermaksud Reserve Officer Training Unit 

PALAPES bermaksud Pasukan Latihan Pegawai Simpanan

Senang cerita, PALAPES ni askar simpanan Malaysia. 

PALAPES  adalah satu program kerjasama di antara Kementerian Pertahanan Malaysia dengan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mahasiswa-mahasiswi di Institutsi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Tak semua IPTA ada PALAPES. Hanya sebahagian sahaja dan salah satunya ialah UiTM.

Terdapat 3 servis iaitu; PALAPES Darat, Udara dan Laut.

Dan blog ini akan lebih fokus kepada PALAPES udara PSSTUDM.

SEJARAH
  • Ditubuhkan pada 21 Oktober 2002 dengan keanggotaan seramai 32 orang pegawai muda 

OBJEKTIF

  • Menguasai kebolehan berfikiran positif dengan berkesan. 
  • Membina jati diri dalam membentuk insan yang berdisiplin, bersifat kepimpinan, bersemangat waja, serta sebati dengan kerja berpasukan. 
  • Mempelajari ilmu di medan perang, mengamalkan etika serta kesopanan tentera bertepatan dengan nilai-nilai TUDM.

JENIS-JENIS LATIHAN

1. LATIHAN TEMPATAN
  • Berbentuk asas ketenteraan 2 hingga 10 jam sehari,tidak lebih 240 jam setahun.
2. LATIHAN BERTERUSAN 
  • Secara berterusan dalam tempoh tidak lebih 14 hari dan tidak kurang 3 hari dalam setahun.

3. LATIHAN TAHUNAN 
  •  Secara berterusan dan tempoh tidak melebihi 15 hari dalam setahun 
4. KELEBIHAN

  • Kemudahan kolej disediakan 
  • Uniform dan pelbagai kemudahan lain 
  • Pengetahuan dalam mengendalikan senjata api 
  • Pengalaman dan pengetahuan dalam bidang ketenteraan 
  • Makanan disediakan pada hari latihan 
  • Pelbagai aktiviti menarik & mencabar 
  • Tauliah Diraja LTM PSSTUDM

Comments

Popular posts from this blog

SYARAT KELAYAKAN PALAPES UiTM

ELAUN DAN GAJI

MODUL PALAPES